Selasa, 27 November 2018

5 Kapal Induk Untuk Perang Paling Beser Di Dunia



ZONAKONSPIRASI- Biasanya, kekuatan angkatan laut sesebuah negara itu boleh dilihat daripada berapa banyak dan berapa besar kapal yang dimiliki. Semakin besar kapal perang, semakin bimbang pihak musuh dan berfikir banyak kali untuk melakukan serangan.
Dan bercakap mengenai saiz dalam dunia angkatan laut, terdapat beberapa buah negara di dunia yang memiliki kapal perang tersangat besar sehingga mencecah beberapa ratus meter.

1. Sao Paulo - Brazil (264 meter)


Dari tahun 1963 hingga 2000, angkatan laut Perancis mempunyai 2 kapal perang yang dikenali sebagai Clemenceau Class. Apabila Perancis mula untuk melakukan pembaharuan, satu daripada dua kapal tersebut diketepikan dan dijual kepada Brazil pada tahun 2000 dengan harga RM50.2 juta.Kapal perang tersebut yang kemudiannya dinamakan oleh kerajaan Brazil kepada Sao Paulo. Selepas dibeli oleh Brazil, kapal Sao Paulo mengalami pelbagai pengubahsuaian termasuklah pada kedua-dua dek sisi penerbangan, ejin, sensor dan senjata pertahanan.

2. INS Vikramaditya - India (283 meter)



Mungkin ramai yang tak percaya apabila India berada dalam senarai ini. INS Vikramaditya adalah kapal perang milik India yang merupakan kapal perang keempat terbesar di dunia dengan panjang mencecah 283 meter.Nama asal INS Vikramaditya adalah Baku. Baku adalah kapal perang milik angkatan laut Kesatuan Soviet pada tahun 1987.Disebabkan oleh dana yang dimiliki oleh kerajaan Rusia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan angkatan laut mereka pada ketika itu membuatkan Baku diketepikan dan akhirnya dijual.Kerajaan India memutuskan untuk membeli Baku pada tahun 2004 dengan membelanjakan wang sebanyak RM9.8 bilion dengan syarat Rusia membantu India mengubahsuai kapal perang tersebut.

3. Lioning - China (304 meter)


Sebelum menjadi milik Cina, kapal perang ini dahulunya merupakan kapal perang Rusia yang diberi nama Riga. Pada tahun 1990, nama Riga ditukarkan kepada Varyag.

Disebabkan bajet bagi Varyag dianggap sebagai berlebihan, maka Rusia memutuskan untuk tidak menjadikannya sebagai kapal perang.Kapal perang buangan Rusia ini akhirnya dibeli oleh China pada tahun 1998 dengan harga RM104.6 juta seunit. Pada tahun 2012, nama Varyag sekali lagi ditukar kepada Liaoning oleh pemilik barunya ini.Liaoning kemudiannya menjadi kapal perang pertama yang dimiliki oleh China. Liaoning adalah kapal yang lengkap untuk melawan senjata peluru berpandu, pesawat pejuang dan kapal selam musuh.

4. Admiral Kuznetsov - Rusia (305 meter)


Dengan panjang mencecah 305 meter, kapal perang milik Rusia ini adalah yang kedua terbesar di dunia dan masih digunakan sehingga sekarang.Diberi nama Admiral Kuznetsov Class, ia merupakan kapal perang dengan persenjataan yang lengkap sama ada untuk tujuan menyerang ataupun bertahan.Disebabkan oleh ia dilengkapi dengan senjata menyerang dan bertahan, Admiral Kuznetsov digelar sebagai kapal perang paling kuat di dunia.Ia juga merupakan kapal perang utama Rusia sejak tahun 1990, di mana versi sebelumnya dijual kepada China. Admiral Kuznetsov mampu berlayar sambil membawa 39 pesawat tempur dan berpuluh-puluh helikopter.

5. Nimitz Class - Amerika Syarikat (332 meter)


Ketika ini, kapal ini adalah kapal perang paling besar di dunia dengan panjang mencecah 332 meter. Kapal perang yang dinamakan Nimitz Class ini adalah milik negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat.Bukan sahaja ia yang paling besar di dunia, Nimitz Class juga kapal perang yang termahal di dunia denagn harga mencapai RM18.8 bilion seunit. Ketika ini, Amerika Syarikat memiliki sekurang-kurangnya 10 buah kapal ini.Nimitz Class mampu membawa kira-kira 85 hingga 90 pesawat tempur Amerika, jauh meninggalkan mana-mana kapal perang di dunia.
Share:
Lokasi: Indonesia

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © ZONA KONSPIRASI | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com